Wednesday, December 31, 2008

abah masuk hospital-episod 2

denggi, penyakit yang di bawa oleh nyamuk aedes aegypty. hanya kerana nyamuk..abah terdampar di ICU.. dalam tangisnya, aku tahu dia gembira melihat kami adik beradik berada di wad menjengahnye..

aku pon mengelap badannya dengan tuala basah..biar demam abah kebah..tibe2 " auch! jangan le lap kat situ!!" marah abah kat aku..
die geli rupenye bahagia tuh..abah kalau part body die yang sensitif jangan di usik atau di sentuh..melenting orang tua tuh..:)
----------------------------------------------------------------------------------------------------

aku, abelong dengan G tak dapat nak bual panjang dengan abah..dalam ICU, mane bolei bising.. ku lihat kiri kanan abah, ada orang india, cina, tua dan muda..tak sedar diri..semua kene intubate(tube di masukkan kedalam kerongkong untuk bantuan pernafasan).. melihat mereka berkeadaan begitu.. aku bersyukur kerana abah tak la "teruk" sangat..

macam mane la perasaan keluarga mereka? huh.. aku simpati..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
mak datang, dengan staff yang lain. mak bekerja jugak hari tuh..nak buat macam mane..cuti di bekukan..lagi 3 hari nak raya..rumah tak kemas..ayam daging juga tak di beli utk hari raya nih..Raihan mak cik Odah yang jaga semasa mak pergi keje.. nasib baik Mak Cik Odah sekeluarga ada, meringan kan beban mak kala ini..Raihan adikku yang baru berusia 1 setengah tahun..tengah nakal..budak baru dapat kaki..merata berjalan..penat jugak mak nak melyan kerenah die lepas balik bekerja petang2.

mak gembira melihat kami adik beradik dah ada melawat abah..mak dah sedia maklum, aku dengan abelong akan sampai pagi tuh..jadi dia tak terkejut dengan kehadiran kami..selesai round dengan doktor pakar, mak datang ke arah katil abah..mak sayu melihat suaminya begitu.. apakan daya dia bekerja..tak dapat menjaga abah setiap masa..di ICU keadaan abah di cek setiap masa.. setiap seorang pesakit ada seorang jururawat yang akan handle.jadi tak perlu risau sangat..

kitorang keluar dari ICU membiarkan abah berehat seadanya..dekat luar ICU, ramai saudara mara pesakit yang lain yang menunggu saban hari dan waktu. risau dengan kondisi ahli keluarga yang menghidap denggi kali ini.

memang teruk denggi menyerang Manjung, setiap hari wad 3 yang boleh memuatkan 40 katil dalam satu2 masa terpaksa menghantar 8-10 kes sehari ke Hospital Ipoh utk mengelakkan kepenuhan katil..setiap hari akan ada sahaja case baru yang datang ke wad.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah setiap hari kami berulang alik ke hospital melawat abah kat hospital..aku datang sekali sekala, sebab aku kene jaga raihan kat rumah..bile petang baru pegi lawat abah..

tapi ada la satu hari tuh abah dapat paru2 berair..demam denggi nih bolei menyebabkan cecair dalam salur darah keluar ke tisu2 dalam badan.jadi pesakit akan mengalami bengkak2 pada tangan dan kaki..paru2 juga akan berair..tahap ini adalah tahap paling kritikal pada pesakit denggi di mana pesakit boleh mati disebabkan kurang darah..dan gangguan pernafasan..

kitorang menangis lagi..ketakutan menerjah ke minda.takut keadaan abah makin merosot..doktor meningkatkan kawalan terhadapa abah.abah terpaksa menggunakan CPAP (sejenis bantuan pernafasan). pergi hospital bawak raihan sekali..nasib baik mak sister kat hospital tuh..raihan pon di bawak masuk jumpe abah..

"abah..." kata raihan..
erm kesian adk aku tuh mesti rindu abah..abah sebak campur gembira dapat melihat anaknye yang paling kecik tuh.."ala anak abah...rindu abah ye.. "kata abah sebak..abah mengalir air mata..

abah dari raihan kecik mmg suke dukung raihan, belikan anggur untuk jadikan raihan pandai..lepas tuh tak boleh abah tgk raihan jatuh atau main2 lasak sangat..kalau raihan jatuh atau nangis, mesti dia akan bising pada kami..

abah mmg prihatin terhadap anak2 dia..mmg menjaga keselamatan kami dari kecik..benda tajam mcm bucu semua kena jaga jgn bagi kena kepala..sifat tentera dalam diri abah masih ada..disiplin tentera masih di pegang sampai sekarang..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

satu hari sebelum raya..

kami pergi melawat abah..pada mak abah pesan, dalam beg dia ada duit skit..abah suruh mak amek buat pergi beli barang2 untuk masak rendang, kuah kacang dan ape2 je la untuk raya.. pada abelong dengan G, abah suruh pergi pondok kat tepi laut tempat dia memancing..suruh bawak bot die naik ke darat. takut hujan dan ribut nanti bot tenggelam kata nya..

haii.. abah..dalam sakit ber CPAP tuh pon dia nak pesan mcm2 kat kami..sian abah tak dapat beraya bersama.. tahun nih apa2 pon kami tak prepare awal2.. langsir lama pon tak ganti yang baru..rumah pon tak kemas tak hape..untuk raihan jugak, tak de baju baru..sian adik aku..budak kecik walaupon tak tahu apa2 tapi sian die tak dia raikan..

petang tuh, mak, aku, G , abelong n raihan terpaksa buka puasa di luar..tak sempat nak masak kat rumah.. kitorang makan kat ayamas..tuh je kedai yang bukak di akhir bulan puasa nih.. dapat jugak carikan sepasang baju kurung untuk raihan..

aku pulak bernasib baik sebab ada 2 pasang baju baru..sebenarnye baju tuh di tempah untuk kenduri kahwin sepupu aku, tapi dah lewat sangat dan bertangguh, jadi baju raya lah pulak..ape2 pon alhamdulilllah..ada rezeki skit..

then malam tuh kami pergi pasaraya cari bahan2 untuk masak rendang..mak pon masak..mak masak cepat2 sebab lepas nih mak kene ke hospital jaga abah..
dalam pukul 9mlm mak pergi ke hospital tapi pukul 10 mlm dah balik..mak kata abah suruh balik..siapkan persiapan raya..erm abah..raya penting baginya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
" Allah.. hu akhbar Allah hu akhbar..." syawal tiba lagi.. mak kejutkan semua di awal pagi..
nasib baik ada juga juadah untuk berhari raya..rendang mak buat mmg seddaaappppppp sgt hari tuh..

raihan pon bangun awal..dengan tak mandi, aku, G, mak(mak je mandi.heheh) ngan raihan pergi hospital dulu tengok abah..

pagi tuh kami bersalaman dengan abah..berjurai2 air mata aku memohon ampun pada abah..abah juga menangis..mak lagi la..tersedu2.. sebenarnya pagi tuh tak boleh lagi pelawat masuk..tapi itu lah untungnya mak kerja kat hospital ni..dapat gak masuk..

abah peluk raihan..abah cium kami semua..abah kata abah sayang kami..abah kata abah nak balik...nak raya bersama... kami semua menangis...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, December 27, 2008

abah masuk hospital

2pm-25hb September 2008
Conference Room ENT Department, University Malaya.

Ya Allah! terpampan aku mendengar berita dari mak, abah masuk ICU????!!
Masa mak mengkhabarkan berita tersebut, aku tahu hati mak sudah tak keruan, dari esak suara tangisnya aku tahu dia bimbang keadaan abah waktu tuh..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
'mak, syuhada ada tutorial waktu nih, esok viva.. em nanti orang cakap dengan Prof. mintak tangguh exam. Abelong balik bile mak? G dah tahu abah masuk ICU?" soalku bertalu-talu pada mak.. air mata aku dah mula meleleh ke pipi..

sebaknya waktu tuh..aku hanya fikir kematian ayah ku! Astagfirullahalazim.. aku panjatkan doa buat abah, moga dipanjatkan umur olehNya pada abah tersayang..

"syud, kenapa syud? " Jua dan Azhani serentak, sejak tadi turut mendengar perbualan aku dengan mak di telefon.

"Ayah aku masuk ICU"kataku menahan tangis. malu juga menangis depan semua orang yang dalam bilik nih..

Erm kuih raya budak2 yang tempah kat aku nih macam mane ek? monolog dalam hati nih..
telefon kak wa la.. sepanjang puasa nih aku mmg meniaga kuih raya, saje suka2 dapat la duit raya lebih..ramai jugak yang menempah..bersama Kak Wa dengan Abg Ijam sepupuku itu..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah call kak wa, suruh die hantar kuih secepat mungkin, aku bermesej dengan abelong, tanya bile dia akan balik rumah, dia cakap esok, means hari jumaat pagi.

ok fikir aku, sempat lagi aku uruskan kuih budak2 nih..tanggungjawab, mesti kena settlekan sebelum balik getus hati ku..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

6.00am,26hb September 2008, bilik kat hostel

dah call abelong. die cakap dalam kol 6 lebih die sampai. Aku ambil kesempatan bawak barang tak diperlukan dekat sini balik rumah.. Abelong bawa kereta, so senang nak angkut barang banyak2.hehehehe

tunggu punye tunggu hampir jam 7.30am abelong tak sampai2! hangin gilerr aku, aku pon mesej die, cakap marah2.

last2 aku kena marah balik padan muka aku yang tak sabar..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

perjalanan dari kuala Lumpur ke Lumut kalau naik kereta actually 3 jam setengah kalau bawak 100km/j. tapi sebab abelong dah terlajak tol tapah(sepatutnya masuk tol bidor). jadi 4 jam la..

sampai ke Manjung, kitorang direct pegi Hospital Seri Manjung di mana abah ditempatkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
26 September 2008, ICU

adikku G dah ada di ICU Hosp Manjung, mak kerja jugak hari tuh.. keje as a sister, nak nak mase dengue outbreak nih.. cuti di bekukan untuk staff2 Hospital Manjung.

"Akak, abelong nak masuk ICU tak bolei lebih dari 2 orang pelawat", kata G adikku yang kini belajar kat UTP.

Masuk sahaja ke ICU.. terkejut aku melihat ICU penuh dengan pesakit dengue!!! dasyat tak dasyat?6 katil je utk setting Hospital Manjung nih.. Tapi sebab kes dengue yang mula meningkat di daerah Manjung nih, di tambah lagi 2 katil.

3 kematian di sebabkan denggi menakutkan kami sekeluarga..
------------------------------------------------------------------------------------------------

melihat abah yang terbaring di atas katil dalam ICU membuatkan aku tak dapat menahan air mata. Buat kali ntah keberapa aku menangis lagi.. keadaan abah yang berselirat dengan wayar, tube untuk oksigen menampakkan keadaan abah yang serius.

abah cube nak bersuara dan tersenyum, tapi tak terdaya waktu tuh..huhuhu sebak sungguh hati nih tengok abah sedemikian rupa..mukanya kurus cengkung..gelap pulak tuh, kulit muka pun mengelupas..

sebelum abah demam, abah ada turun kelaut, itulah kegemaran abah sejak dulu, bila dah beli bot baru. asyik nak kelaut saje. kata mak dia nak cari ikan-ikan fresh untuk hari raya..untuk anak-anak yang balik bercuti raya..lagi sedih bile teringat..terima kasih abah..
abah beli ikan fresh kat pangkor naik bot..banyak ikan abah beli..masa tuh mmg pangkor pon banyak kes denggi..mungkin abah dapat denggi dari sana..wallahualam..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sambung lagi nanti..sebak..

Friday, December 26, 2008

prolog?

*"tunggu!" sungguh sakit hati Aya ditinggalkan bas yang laju memecut itu..
hari ini hari malang NorBahiyah Sofea, sudahlah diberhentikan kerja, di tinggalkan bas 65 yang di tunggu saban petang sampai ke maghrib dalam keadaan basah kuyup..teringat kembali memori di ofis pukul 1ptg*
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Awak nih kenapa Sofea? hari-hari kerja awak tak siap-siap! bertangguh sana sini!" Encik Amirul menengking Aya dengan muka yang kemerahan.
Bosnya ini kalau marah memang nombor satu, habis satu ofis boleh dengar jeritannya..
'hai kenapalah aku jadi macam nih..' jerit hati Aya

"Saya tak kira, saya terpaksa berhentikan awak! sudah satu bulan prestasi kerja awak merudum!"

"You are fired Cik Bahiyah!"

dush! macam tak percaya dunia Aya kala itu, setelah ditinggalkan Shah bulan lepas, hidupnya tidak lagi bermakna. Tak lalu makan, mukanye kurus cengkung..kak Rosnah, senior executive di syarikat tempat dia bekerja juga sering cakap belakang tengtangnya.

"Kau nak tahu Senah, aku rasa si Sofea tu kena buat dek orang, tengok mukanya cengkung, tak pon dia tuh gune bomoh tak sebelum nih.." itu lah kak Rosnah, walaupon senior executive, tapi mulut celupar macam orang tak pernah belajar tinggi..

Argghhh!!! tensennye hidup nih..keluh Aya

Baik mati! itulah yang di fikirkan Aya saban hari selepas berakhir kisah cinta yang diulit selama 3 tahun itu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 25, 2008

dari rumah..

assalamualaikum..terasa nak menulis pulak hari nih..adik ku raihan demam..dah 4 hari rasenye..sian die..asyik merengek je..budak kecik baru setahun setengah..tak pandai lagi menyatakan kehendak..jika hendakkan sesuatu hanya menangis..nak cakap kita orang dewasa tak faham..
mak keje..abah pergi laut pancing ikan, semalam abah cakap kat pasar orang kate tak de ikan..tapi dalam peti ais rumahku ada belambak ikan.semalam abah turun ke laut 2 jam, dapat ikan bolos dalam 10 ekor, ikan sebelah n macam2 lagi..itulah rezeki jika kite turun ke laut..dapat ikan yang fresh dan free..hehehe..jangan jeles..hari nih abah turun ke laut lagi..abah ajak G tapi adik ku sorang tuh tak nak pegi..nak jaga raihan kate nye..

3pm -sekarang raihan da ok sket nampak nye..da boleh nak main dengan kitorang, sian die..hai adikku sayang..akak sayang kat raihan..cepat sembuh yer cayang!
cukup kot untuk petang nih..nak solat jap!tak solat lagi..astagfirullah ha

Tuesday, December 23, 2008

sebagai renungan

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah : Ayat 216)

kesilapan

erm semua orang buat silap..aku pernah wat silap..paling berdosa dalam sejarah hidup aku..aku pernah buat silap..
tapi, sejauh mana kita akan teruskan kesilapan kite tuh?
takkan kite nak biarkan kesilapan tuh menghantui hidup kiter?
nak biarkan kesilapan tuh, meruntuhkan, mempecah belahkan hubungan kite sesama manusia, Tuhan Yang Esa, keluarga kite?
jangan..jangan biarkan ia berlaku sama skali..
Balik la pada asal mu..
kembali pada fitrah hidup sebagai manusia..kembali pada Dia yang Khaliq..
erm..dah lima tahun kat universiti malaya..ingat lagi mase mula-mula dulu aku ingin jadi seorang doktor..aku nak jadi doktor graduate UM! alhamdulillah cita2 aku bakal tercapai..lagi 4 bulan, adakah perjalannku menimba ilmu ini akan berakhir dengan kejayaan.. Kepada Allah swt aku panjatkan doa, moga kehidupan di UM dan ilmu yang di peroleh mendapat berkat..
Buat kawan2 yang sentiasa disisi terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ini..menceriakan, mendukakan,memberikan berjuta kasih sayang dan kenangan yang tak akan aku lupakan sepanjang hidup aku..korang the best!
tak de kawan serapat di UM nih..insyaAllah bile kite berpisah nanti, akan bertemu kembali..mungkin kalian akan berdua,b3 b4 atau lebih..hehehe..
wat mak n abah, doakan syuhada..menjadi doktor yang baik dan berkaliber kat malaysia nih..insyaAllah orang tak akan hampakan mak n abah..kata2 ni actually untuk naikkan semangat sendiri untuk belajar dengan lebih tekun..(sebenarnye tak la tekun sangat!he3)
sayang sangat2222 kat mak n abah!
itu je kot wat pertama kali nih..erm cinta itu adalah kasih sayang antara sesama insan,makhluk mahupun benda, tak kira pada sesiapa pun kat dunia nih..aku cinta pada Mu, ku mohon PetunjukMu..CintaMu yang terindah..Ya RAbb..