abah masuk hospital-episod 2

denggi, penyakit yang di bawa oleh nyamuk aedes aegypty. hanya kerana nyamuk..abah terdampar di ICU.. dalam tangisnya, aku tahu dia gembira melihat kami adik beradik berada di wad menjengahnye..

aku pon mengelap badannya dengan tuala basah..biar demam abah kebah..tibe2 " auch! jangan le lap kat situ!!" marah abah kat aku..
die geli rupenye bahagia tuh..abah kalau part body die yang sensitif jangan di usik atau di sentuh..melenting orang tua tuh..:)
----------------------------------------------------------------------------------------------------

aku, abelong dengan G tak dapat nak bual panjang dengan abah..dalam ICU, mane bolei bising.. ku lihat kiri kanan abah, ada orang india, cina, tua dan muda..tak sedar diri..semua kene intubate(tube di masukkan kedalam kerongkong untuk bantuan pernafasan).. melihat mereka berkeadaan begitu.. aku bersyukur kerana abah tak la "teruk" sangat..

macam mane la perasaan keluarga mereka? huh.. aku simpati..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
mak datang, dengan staff yang lain. mak bekerja jugak hari tuh..nak buat macam mane..cuti di bekukan..lagi 3 hari nak raya..rumah tak kemas..ayam daging juga tak di beli utk hari raya nih..Raihan mak cik Odah yang jaga semasa mak pergi keje.. nasib baik Mak Cik Odah sekeluarga ada, meringan kan beban mak kala ini..Raihan adikku yang baru berusia 1 setengah tahun..tengah nakal..budak baru dapat kaki..merata berjalan..penat jugak mak nak melyan kerenah die lepas balik bekerja petang2.

mak gembira melihat kami adik beradik dah ada melawat abah..mak dah sedia maklum, aku dengan abelong akan sampai pagi tuh..jadi dia tak terkejut dengan kehadiran kami..selesai round dengan doktor pakar, mak datang ke arah katil abah..mak sayu melihat suaminya begitu.. apakan daya dia bekerja..tak dapat menjaga abah setiap masa..di ICU keadaan abah di cek setiap masa.. setiap seorang pesakit ada seorang jururawat yang akan handle.jadi tak perlu risau sangat..

kitorang keluar dari ICU membiarkan abah berehat seadanya..dekat luar ICU, ramai saudara mara pesakit yang lain yang menunggu saban hari dan waktu. risau dengan kondisi ahli keluarga yang menghidap denggi kali ini.

memang teruk denggi menyerang Manjung, setiap hari wad 3 yang boleh memuatkan 40 katil dalam satu2 masa terpaksa menghantar 8-10 kes sehari ke Hospital Ipoh utk mengelakkan kepenuhan katil..setiap hari akan ada sahaja case baru yang datang ke wad.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah setiap hari kami berulang alik ke hospital melawat abah kat hospital..aku datang sekali sekala, sebab aku kene jaga raihan kat rumah..bile petang baru pegi lawat abah..

tapi ada la satu hari tuh abah dapat paru2 berair..demam denggi nih bolei menyebabkan cecair dalam salur darah keluar ke tisu2 dalam badan.jadi pesakit akan mengalami bengkak2 pada tangan dan kaki..paru2 juga akan berair..tahap ini adalah tahap paling kritikal pada pesakit denggi di mana pesakit boleh mati disebabkan kurang darah..dan gangguan pernafasan..

kitorang menangis lagi..ketakutan menerjah ke minda.takut keadaan abah makin merosot..doktor meningkatkan kawalan terhadapa abah.abah terpaksa menggunakan CPAP (sejenis bantuan pernafasan). pergi hospital bawak raihan sekali..nasib baik mak sister kat hospital tuh..raihan pon di bawak masuk jumpe abah..

"abah..." kata raihan..
erm kesian adk aku tuh mesti rindu abah..abah sebak campur gembira dapat melihat anaknye yang paling kecik tuh.."ala anak abah...rindu abah ye.. "kata abah sebak..abah mengalir air mata..

abah dari raihan kecik mmg suke dukung raihan, belikan anggur untuk jadikan raihan pandai..lepas tuh tak boleh abah tgk raihan jatuh atau main2 lasak sangat..kalau raihan jatuh atau nangis, mesti dia akan bising pada kami..

abah mmg prihatin terhadap anak2 dia..mmg menjaga keselamatan kami dari kecik..benda tajam mcm bucu semua kena jaga jgn bagi kena kepala..sifat tentera dalam diri abah masih ada..disiplin tentera masih di pegang sampai sekarang..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

satu hari sebelum raya..

kami pergi melawat abah..pada mak abah pesan, dalam beg dia ada duit skit..abah suruh mak amek buat pergi beli barang2 untuk masak rendang, kuah kacang dan ape2 je la untuk raya.. pada abelong dengan G, abah suruh pergi pondok kat tepi laut tempat dia memancing..suruh bawak bot die naik ke darat. takut hujan dan ribut nanti bot tenggelam kata nya..

haii.. abah..dalam sakit ber CPAP tuh pon dia nak pesan mcm2 kat kami..sian abah tak dapat beraya bersama.. tahun nih apa2 pon kami tak prepare awal2.. langsir lama pon tak ganti yang baru..rumah pon tak kemas tak hape..untuk raihan jugak, tak de baju baru..sian adik aku..budak kecik walaupon tak tahu apa2 tapi sian die tak dia raikan..

petang tuh, mak, aku, G , abelong n raihan terpaksa buka puasa di luar..tak sempat nak masak kat rumah.. kitorang makan kat ayamas..tuh je kedai yang bukak di akhir bulan puasa nih.. dapat jugak carikan sepasang baju kurung untuk raihan..

aku pulak bernasib baik sebab ada 2 pasang baju baru..sebenarnye baju tuh di tempah untuk kenduri kahwin sepupu aku, tapi dah lewat sangat dan bertangguh, jadi baju raya lah pulak..ape2 pon alhamdulilllah..ada rezeki skit..

then malam tuh kami pergi pasaraya cari bahan2 untuk masak rendang..mak pon masak..mak masak cepat2 sebab lepas nih mak kene ke hospital jaga abah..
dalam pukul 9mlm mak pergi ke hospital tapi pukul 10 mlm dah balik..mak kata abah suruh balik..siapkan persiapan raya..erm abah..raya penting baginya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
" Allah.. hu akhbar Allah hu akhbar..." syawal tiba lagi.. mak kejutkan semua di awal pagi..
nasib baik ada juga juadah untuk berhari raya..rendang mak buat mmg seddaaappppppp sgt hari tuh..

raihan pon bangun awal..dengan tak mandi, aku, G, mak(mak je mandi.heheh) ngan raihan pergi hospital dulu tengok abah..

pagi tuh kami bersalaman dengan abah..berjurai2 air mata aku memohon ampun pada abah..abah juga menangis..mak lagi la..tersedu2.. sebenarnya pagi tuh tak boleh lagi pelawat masuk..tapi itu lah untungnya mak kerja kat hospital ni..dapat gak masuk..

abah peluk raihan..abah cium kami semua..abah kata abah sayang kami..abah kata abah nak balik...nak raya bersama... kami semua menangis...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan

Catatan Popular