abah masuk hospital

2pm-25hb September 2008
Conference Room ENT Department, University Malaya.

Ya Allah! terpampan aku mendengar berita dari mak, abah masuk ICU????!!
Masa mak mengkhabarkan berita tersebut, aku tahu hati mak sudah tak keruan, dari esak suara tangisnya aku tahu dia bimbang keadaan abah waktu tuh..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
'mak, syuhada ada tutorial waktu nih, esok viva.. em nanti orang cakap dengan Prof. mintak tangguh exam. Abelong balik bile mak? G dah tahu abah masuk ICU?" soalku bertalu-talu pada mak.. air mata aku dah mula meleleh ke pipi..

sebaknya waktu tuh..aku hanya fikir kematian ayah ku! Astagfirullahalazim.. aku panjatkan doa buat abah, moga dipanjatkan umur olehNya pada abah tersayang..

"syud, kenapa syud? " Jua dan Azhani serentak, sejak tadi turut mendengar perbualan aku dengan mak di telefon.

"Ayah aku masuk ICU"kataku menahan tangis. malu juga menangis depan semua orang yang dalam bilik nih..

Erm kuih raya budak2 yang tempah kat aku nih macam mane ek? monolog dalam hati nih..
telefon kak wa la.. sepanjang puasa nih aku mmg meniaga kuih raya, saje suka2 dapat la duit raya lebih..ramai jugak yang menempah..bersama Kak Wa dengan Abg Ijam sepupuku itu..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah call kak wa, suruh die hantar kuih secepat mungkin, aku bermesej dengan abelong, tanya bile dia akan balik rumah, dia cakap esok, means hari jumaat pagi.

ok fikir aku, sempat lagi aku uruskan kuih budak2 nih..tanggungjawab, mesti kena settlekan sebelum balik getus hati ku..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

6.00am,26hb September 2008, bilik kat hostel

dah call abelong. die cakap dalam kol 6 lebih die sampai. Aku ambil kesempatan bawak barang tak diperlukan dekat sini balik rumah.. Abelong bawa kereta, so senang nak angkut barang banyak2.hehehehe

tunggu punye tunggu hampir jam 7.30am abelong tak sampai2! hangin gilerr aku, aku pon mesej die, cakap marah2.

last2 aku kena marah balik padan muka aku yang tak sabar..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

perjalanan dari kuala Lumpur ke Lumut kalau naik kereta actually 3 jam setengah kalau bawak 100km/j. tapi sebab abelong dah terlajak tol tapah(sepatutnya masuk tol bidor). jadi 4 jam la..

sampai ke Manjung, kitorang direct pegi Hospital Seri Manjung di mana abah ditempatkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
26 September 2008, ICU

adikku G dah ada di ICU Hosp Manjung, mak kerja jugak hari tuh.. keje as a sister, nak nak mase dengue outbreak nih.. cuti di bekukan untuk staff2 Hospital Manjung.

"Akak, abelong nak masuk ICU tak bolei lebih dari 2 orang pelawat", kata G adikku yang kini belajar kat UTP.

Masuk sahaja ke ICU.. terkejut aku melihat ICU penuh dengan pesakit dengue!!! dasyat tak dasyat?6 katil je utk setting Hospital Manjung nih.. Tapi sebab kes dengue yang mula meningkat di daerah Manjung nih, di tambah lagi 2 katil.

3 kematian di sebabkan denggi menakutkan kami sekeluarga..
------------------------------------------------------------------------------------------------

melihat abah yang terbaring di atas katil dalam ICU membuatkan aku tak dapat menahan air mata. Buat kali ntah keberapa aku menangis lagi.. keadaan abah yang berselirat dengan wayar, tube untuk oksigen menampakkan keadaan abah yang serius.

abah cube nak bersuara dan tersenyum, tapi tak terdaya waktu tuh..huhuhu sebak sungguh hati nih tengok abah sedemikian rupa..mukanya kurus cengkung..gelap pulak tuh, kulit muka pun mengelupas..

sebelum abah demam, abah ada turun kelaut, itulah kegemaran abah sejak dulu, bila dah beli bot baru. asyik nak kelaut saje. kata mak dia nak cari ikan-ikan fresh untuk hari raya..untuk anak-anak yang balik bercuti raya..lagi sedih bile teringat..terima kasih abah..
abah beli ikan fresh kat pangkor naik bot..banyak ikan abah beli..masa tuh mmg pangkor pon banyak kes denggi..mungkin abah dapat denggi dari sana..wallahualam..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sambung lagi nanti..sebak..

Ulasan

Catatan Popular