my convocation






Alhamdulillah, tanggal 6hb Ogos hari tuh, aku dapat menggenggam segulung ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan secara rasminye.. dan paling menyeronokkan aku, mak abah,atok mak ndak dan pak itam dari Muar juge turut raikan hari bahagia aku..thanks semua..tak terbalas budi kalian semua membesarkan aku,menjaga aku..menyayangi daku..orang pon sayang semuaaaaa~

abah pulak stay kat KL sampai aku melapor diri kat BPK isnin hari tuh..hantor ke sini, then melalui perbincangan dengan pegawai atasan, aku mulakan housemenship aku lepas raya, sbb raya tahun ini juga insyaAllah raya paling bermakna dalam keluarga kami..abelong dan isterinye kak yatt dapat anak lelaki dan plan nak buat aqiqah 2 hari raya, tahun nih giliran beraya di Muar, kampung belah mak..then plan nak buat umah terbuka dan telematch sesama keluarga dan mesyuarat BAKTI.

aku juge bersyukur sesangat dengan semangat abah,yang tidak jemu bantu aku dalam segala hal kerja aku nih..tak terbalas rase jase die dan mak..paling aku terharu adalah semalam,aku dengan abah seawal pagi, bangun utk menaiki komuter dari kepong sentral ke kl sentral kemudian menaiki LRT rapid ke KLCC, aku ingatkan abah cume menghantar aku di situ, rupe2 nye sampai ke ofis tempat di mane aku wat attachmen sementara belum HO..terima kasih yang tak terhingga abah!!!

mak pulak setia ikot abah kemana jua..walaupon dalam keadaan badan yang lemah dan mudah letih di sebbkan kesan kemoterapi..tapi demi anak tercinta mak ikut juge kemahuan aku..aaaa~terharunye..mengalir air mata megenangkan mereka..


terima kasih juge buat abelong, yang mengambil gambar aku semasa hari konvokesyen dan outdoor..gambar2 yang abelong tangkap sangat cantik..

wat atuk, mak ndak n pak itam serta pak ngah, moksu n poksu yang kat muar..kalian mmg banyak bantu orang dari orang kecik, masuk matrik kat tangkak dulu,sampai orang hbs blaja..tak jemu2 bagi kasih sayang kat orang..tolong orang anto orang..nangis da nih..huhuhu...

Ya Allah, terima kasih Kau kurniakan aku rahmat paling besar buatku iaitu keluarga yang bahagia dan penyayang, kawan2 yang baik dan mengambil berat..kau jua beri jalan yang mudah dalam kerjayaku, agar aku dapat bersama dengan keluargaku..amin Ya Rabb!!


p/s : tak lupe juge wat keluar abg ijam n kak wa dan abg jen n kak ma..banyak tumpangkan orang mase tgh blaja kat um..opah dan lain2 yang sentiasa beri semangat utk terus berjaya..

Ulasan

Catatan Popular