~@aku hanya wanita@~

ku ingin memiliki lelaki yang terbaik utk diri ini,
namun apa dayaku seorg wanita,
hanya dengan mencintai, aku tak mampu berbuat apa-apa,
andai lelaki itu tidak juga mencintai aku..

sungguh aku menyayangi, sungguh aku memberi segala kasih dan perhatian,
namun jika dia lelaki, hanya mampu menyayangi aku sekadar kawan,
aku yang hanya wanita tidak boleh melebih lagi..
tiada daya ku utk menyuntingnya bagaimana lelaki menyunting wanita utk di jadikan suri hidupnya..
tiada daya aku wanita, memaksa dia utk menjadikan aku yang halal bagi nya..
andai dia tiada rasa apa pada ku..
walau hati mengangis hiba, walau mata mengalir darah,
jika lelaki yang ku cinta tiada cinta utk diri ku..
walau aku merindu, meremuk hati jantungku,
bermimpi siang malam ku terkenang dia..
aku hanya wanita, yang tak mampu utk melebih mengatakan hasrat hatiku..

hanya lelaki penentu segala, andai dia juga sama hasrat sepertiku,
sungguh mungkin ada jodoh antara ku dan dia..
biarlah Tuhan sahaja menentu..membuka pintu hatinya utk ku..
wanita seperti aku hanya mampu berdoa..yang terbaik untukku..
terbaik utk nya..lelaki yang ku cinta..

bersabarlah hati dalam kau mengejar cintamu..jika cinta itu tulus suci kerana Tuhan mu, DIa akan membantu mu..ikhlaskan hati mu wahai wanita..
tinggikan taraf martabat mu..bukan hanya lelaki itu satu..bukan hanya lelaki itu yang terbaik buat mu..

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular