~@bersabarlah hati@~

bersabarlah hati,
dalam menempuh ranjau hidup,
penuh liku, penuh cabang dan duri tajam..
walaupun jalan itu panjang, tapi ia sentiasa berpenghujung..
jangan kau lemah wahai hati, jangan kau putus asa..
sentiasalah kau pandang kehadapan, penuh semangat dan azam,

bersabarlah hati,
dalam mencari teman,
teman yang sejati,
teman yang menyayangi setulus hati,
yang menjaga mu sehingga mati,
yang membimbingmu akhir hayat mu..

bersabarlah hati,
dalam mengembara mencari ilmu,
ilmu yang tak habis dibumiNya,
ilmu yang tiada sempadannya..
walau berlari, berjalan atau merangkak
mengapai ilmu yang kau mahu,
menjadi manusia berguna, berjasa..

bersabarlah hati,
dalam mencari redha ilahi,
dalam mentaati orang tuamu,
sesungguhnya mereka sayang padamu..
jgn kau ragui mereka, yang melahirkan,
mendidik dan membersarkan mu,
menjadikan kau begini, menjadikan kau sampai ketahap ini..

bersabarlah hati,
tinggal sikit sahaja penantianmu,
tapi ranjau itu semakin mencabar dihadapan sana..
penuh duri, penuh simpang yang bersiur..
yang penting, ilmu,kasih sayang, redha Allah, teman sejati
ada disisi mu..ingat..

kau hanya perlu bersabar wahai hati..

Ulasan

Catatan Popular