mediical camp-cameron higland

16 januari 2009

pukul 5.30 petang

kolej kediaman ibnu sina universiti malaya


aku,iell,munet,izan,noli,wati,kimah,ijat,lina,ayun dan sorang budak 2nd yr kimah kecik bertolak dari 6th menuju ke cyberjaya university college of medicine sciene. tepat pukul 6ptg kitorang sampai dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.


usai mendaftar kami berjalan2 ke the street mall yang betul2 terletak di hadapan kolej perubatan swasta tersebut..biase la adat pelajar Um yang suke bergambar especially kami satu geng..hehehe..


pukul 7 kami kembali ke kolej tersebut untuk solat maghrib dan makan malam..malam itu kami ada sedikit ceramah dari Prof Dr Muhaya yang bertajuk "doctor extraordinaire"..


prof dr muhaya merupakan director of opthmalmology department of prince cort medical centre dan juga pensyarah ophtamology department untuk fakulti perubatan UKM. prof merupakan seorang yang banyak pengalaman dan sangat berjaya. aku tak ingat ape yang die dapat..tapi bagi aku die adalah orang yang telah membuka mata ku dan juga hatiku untuk lebih dekat pada Allah dan mengajar aku erti sebuah kehidupan yang gembira..

pada mulanya kami pergi ke cameron highland bertujuan semata2 untuk bergembira dan berenjoy dengan kawan2 pergi bercuti sambil cari kawan baru..tapi setelah kami mendengar kata2 dari prof muhaya..aku betul2 berasa hidupku ini perlu berubah kerana Allah dan life from happiness..not for happiness..hidup ini perlu selalu memberi baru kite akan dapat sesuatu..setiap yang berlaku ada hikmah..bayangkan tujuan kami pada awalnye untuk bersuka ria seterusnya kami dapat ilmu,nasihat dan tunjuk ajar serta mendapat pahala melakukan amal kebajikan..subhanallah..semua itu dari Allah..

selesai majlis dgn dr muhaya, kami di hidangkan dengan supper cekodok dan karipap..sambil2 tuh kami pon mengadakan sesi taaruf iaitu sesi berkenal2lan dengan pelajar2 yang join program nih..kami juge di beri taklimat tentang perjalanan program oleh saudara izwan pelajar tahun 2 cucms..program nih actually aktiviti india student chapter ppim yang sedang bercuti dan bekerjasama dengan pelajar cucms..program nih sebenarnye untuk pelajar india yang sedang bercuti untuk melakukan kerja2 amal dan sambil berjalan2..

tapi, malam itu pelajar india yang datang hanyalah dalam 7 orang..dari UM 12 orang, kolej mara banting dan kolej mara seremban 20 orang dan pelajar cucms seramai 7 orang..3 daripada pelajar cucms dah pergi ke cameron untuk uruskan hal kat sane..so kami pon watla sesi taaruf tuh..kami bahagikan kumpulan mengikut bulan kelahiran..setiap ahli kumpulan mesti mengetahui nama penuh,makanan kegemaran dan asal ahli2 dalam grup masing..

sesi taaruf berakhir dalam pukul 12malam..proceed plak dengan sesi pengajaran untuk take blood pressure dan take blood sugar kepada budak KMB &KMS..

malam itu kami bermalam di CUCMs di cyberjaya..cucms merupakan sekolah perubatan swasta yang baru beroperasi selama 5 tahun.kami tidur beramai2 bersama2 pelajar perubatan dan dental dari india, pelajar premedic dari kolej mara banting dan kolej mara seremban dalam sebuah bilik yang di sediakan oleh pihak penganjur..walaupun hanya beralaskan tikar dan tuala atau beg masing..tapi itu sudah cukup asalkan ada tempat untuk kami berteduh..alhamdulillah..aircond kat c2 mmg sejuk sangat..walaupon diorang dah tutup aircond pada malam nak tido tuh..aku still terketar dan tak boleh tidur lena..dah la pagi esok kene bangun pukul 5..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
17 januari 2009

5pagi..
seawal 5 pagi kami sudah bangun untuk berebut bilik air dan bersiap..mengikut jadual kami bertolak pukul 6.30pg untuk cepat sampai ke cameron..tapi itu semua rancangan..tapi yang menentukannya Allah..bas sampai lewat pagi tuh..dalam pukul 7.30pg baru kitorang bertolak..kami siap sempat sarapan pagi dengan nasi lemak yang best!

perjalanan ke cameron highlan mengambil masa 5 jam..destinasi kami adalah menuju ke kg orang asli sg ruil di tanah rata.dalam perjalanan kami juga singgah di r&r tapah untuk membuang ape yang patut..hehehe..

ok dalam kol 12 tgh hari kami sampai kat kg sg ruil..mmg cantik kampung tuh..atas bukit..pada sesiapa yang pernah pergi tempah tuh tau la mcm mane..walaupon tgh hari..angin yang mengenai kulit kami sgt sejuk dan nyaman..kene la pakai sweater..semasa smpi, kami lihat pihak hospital dengan ajk program dari cucms dah ada di sana..tapi malang sekali bagi kami hari itu...
ada kematian pulak di kg tuh..mengikut adat orang asli di sane, kalau ade kematian tak boleh diadakan aktiviti keramaian ataupun menerima tetamu..kami redha..kami menunggu juga di sana bebrapa jam..tapi tiada juga orang asli yang datang ke booth kami..jadi pihak hospital mengambil keputusan untuk melakukan medical check up di kg orang asli yang lain iaitu di kg sg ubi..

kami terpakse berjalan kaki lebih kurang 3km dari tempat bas di parkirkan..aku,wati,dila(budak dari med.India) n ayun jalan kaki sampai habis..mmg penat gile but we enjoyed the beautiful view of ladang teh very much!cantik sangat..subhanallah..Allah maha besar..cantik sangat ciptaan Allah..kami jugak sempat tangkap gambar..aku juga sempat amek gambar anak orang asli yang tgh main2 dekat halaman umah diorang dan sekor kucing yang cumil..

sampai kat kg sg ubi, medical check up di jalankan..kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..1 group wat medical check up satu group pegi umah ke umah panggil join the check up..tapi ok la sambutan..sambil2 tuh kitorang join prof latif main quiz wat short case amek anak orang asli jadi subject..mmg brain storm gile..banyak kitorang blaja untuk refreshkan balik minda kitorng..

then after about 2 hours being there..kitorang balik menuju ke Hospital pemaisuri hajjah kalsom,kat tanah rata..ikut program kitorang ade friendly match volley ball utk lelaki n netball utk perempuan..alhamdulillah kami menang netball 13-7..nak dijadikan cerita, sebelum kitorang main,kitorang sempat kenal2 ngan staf2 yang join sukan..aku kenal ngan sorang akak nih..middle age..mungkin around late 40 la..name akak tuh mahanim..mcm kawan aku kat seratas mahanim..orang tangkak seingat aku..elok la orang kg..then aku main position GK akak tuh GS..punye la panggil akak..tapi aku salu dengar ade akak GA tuh salu panggil kak mahanim Dr.. aku pelik gak la..tak sangke die doktor..isk aku panggil akak je..then kitorang main dengan penuh bersemangat kesukanan walaupun pakai baju biase je..dengan tak de kasut sukannye..balun..pastu 1st half match rehat..ayun cakap rupe2nye kak mahanim yang aku dok panggil akak tuh..adalah Pengarah Hospital!!!huhuhu..selamberr je aku dok panggil die akak..rupenye tinggi jawatan die..so aku pon say sorry la kat die..erm pape pon diorang mmg kuat dan cergas!

habis berlwn dengan penuh semangat..ape lagi sesi bergambar la!!mcm2 pose kitorang tangkap even kat hospital tuh dah melambak gambar kitoang snap..budak2 KMB,india dah join the group..kaki bergambar mcm budak2 UM..hehehe..diorang juge dah tak segan silu untuk buat mcm2 aksi untuk bergambar..hehehe..

then kitorang balik hotel..kitorang lepak tido malam tuh kat country lodge hotel kat brinchang..belakang balai bomba area town brinchang..malam tuh ade pasar malam..so program menyatakan bahawa makanan dibeli di pasar malam akan makan bersama2 pukul 10pm sambil ade diskusi ngan prog latif..prof latif gak ask for special session ngan kiotang dari UM yang final year nih..

pasar malam kat brinchang same je ngan pasar malam kat bawah..cume banyak jual strawberry ngan hasil2 sayur yang segar la terus dari ladang..tak banyak makanan yang dijual walaupun mase tuh baru je 830 malam..banyak gerai da tutup..paso kat cini cepat tutup lagi pon ekonomi yang tgh meleset nih..tak ramai yang berniaga..

malam tuh kat adakan sesi tazkirah oleh saudara shauqi student tahun akhir dari india..mmg bagus la dak nih..siap ada firman2 Allah..alhamdulillah..kami dapat sedikit sebanyak pengajaran dari tazkirah tersebut..paling bermakne adalah sesi ngan prof latif..post graduate talk..mmg tips die bagus..nak tahu kene tanye kitorang sendiri what was he said.. malam tuh tido lewat sbb nak layan siaran ulangan majlis kawin ekin n mawi..tapi tertidor di tengah rancangan..wakakka..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
18hb januari 2009
7 pagi
after bangun dan mandi n solat subuh masing2 bersiap mengemaskan beg masing2 sbb lepas nih agenda utk berjalan2 dan shopping!!!tapi sebelum tuh kene breakfast dulu..pagi tuh kami dihidangkan nasi lemak ngan roti jem n sausage..banyak kitoang makan..sedappp..

dalam pada nak naik bas..pukul 9pg..kami yang gile bergambar nih menangkap gambar dengan banyaknye kat bunga2 yang sungguh cantik dan segar kat area hotel..budak2 lelaki yang ade hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah kami yang sibuk bergambar..

akhirnye kami naik ke atas bas dan menuju keladang teh boh sg palas! ladang teh yang cantik lagi bersejarah..ladang nih dah berusia lebih 80thn..pokok2 teh yang rendah tuh actually tak la rendah..sbb pucuknye sentiasa di petik maka pokok tuh jadi renek..driver bas yang kitoang naik tuh ade tunjuk pokok teh yang tinggi sbb tak di petik pucuk nye..mmg tinggi..

permandangan kat ladang tuh sungguh mempersonakan..dengan hari yang memihak kepada kami..hari yang cerah itu sangat selesa utk merakam kenangan dan bergembire..banyak gak gambar kami tangkap..kat sane..

selesai kat ladang teh boh..pergi pulak singgah shopping kat pasar Kea Farm..banyak kedai2 jual bunga dan sayuran2 serta strawaberry yang besar lagi segar kat sane..banyak gak member2 aku membeli belah..tapi aku tak de duit..so beli benda bukan2..

then pergi pulak ke pusat peladang..orang bagi masa 1/2 jam..kami lawaupun tak bershopping tapi tangkap gambar nombor satu..orang lain dah naik bas..kami juge yang lewat naik bas..huhuh..

then pergi pulak ke MARDI around pukul 2.30ptg..lepak katsane tgk bunga2 yangcun melecun..mmg gerammmmmmmmm sangat!nak beli..tapi tak dok duit..lagi pon mmg tak jual..tak sempat nak jalan habis area mardi sbb kitoang da nak bertolak balik ke KL kol 3.30..
pada mulanya nak singgah air terjun lata iskandar..tapi tak sempat..jadi kami pun turunla kebawah..sampai R n R Tapah kami berehat untuk makan dan solat jamak..

kitoang sampai kat CUCMS around 7.30pm..solat jamak magrib dan isya' skali harung..then masing2 balik la ke tempat masing..kiotang sampai UM around 8.30..itu la perjalanan kami yang best..aku nak cite detail tapi tak larat nak taip..nak tau nanti cite ikut mulut..


Ulasan

Catatan Popular