Saturday, July 10, 2010

Kapt (Dr) ker..uhuhuhu..

28hb enam sampai 2july hari tuh aku merupakan hari bersejarah wat aku..cewahhh bajet la..dapat ler aku title seperti di atas..poyo ek..tempoh tuh aku ditemuduga utk melyakkan diri aku jadi seorg pegawai tentera, ada ujian personality,ujian IQ dan UKA (ujian kendiri asas) aku lepas semua, lembaga awal dan akhir pon saye lepas juga tapi di tegur serba sedikit tentang masalah berat..bese la..BMI 26 wei..overweight..maka kene la bercita2 dan berusaha nak turunkan berat badan lagi..

tapi bak kate orng yang bertanggungjawab pilih aku nak jadi pegawai tentera Kapt. yousrie bagi tau, anda bukan doktor jek ek..anda adalah doktor tentera, so jadi dan ketahuilah undang2 tentera sebelom anda melaksanakan tugas doktor tentera..

skema plak aku rasa ayat di atas..tuh ler perjalanan idop..ingatkan nak lotak gambar2 kat cni,tapi tertinggal cabel phone..so tak lei transfer gambar2 tuh lagi..nanti i akan letak..aku ingat habis je sesi temuduga n angkat sumpah kat University pertahanan nasional malaysia (UPNM) dah takde menda aku kene wat..kot2 pi INSAN trus (insan tuh orientasi utk peg tentera) tapi rupenye aku join senior aku yang medical officer yang dah habiskan HO dorg utk orientasi singkat kat BAhagian perkhidmatan kesihatan (BPK) kat KL..ok la dapat gak la aku tau serba sedikit ttg bidang kerja sebagai doktor tentera..mmg kene jadi manager kalo dok unit..

mule2 aku rase aku cam malang jek sbb sumenye aku berseorangan..tapi rupenye nasib aku lebih baik sbb dalam tempoh utk aku tunggu utk wat IC tentera (BAT C 10), aku tak la duduk saje kat INSAN..aku dapat join orientasi MO, pasni plak aku dapat pergi kursus perubatan selam kat pangkor selama 2 minggu..alih2 aku dok insan nanti dalam 3 minggu je sebelom nombor tentera aku keluar..paling best skali orang dari cwangan tenaga kerja (CTK) cakap, batch aku yang angkat sumpah same n aku akan trus wat MY tentera..so aku tak perlu gune BAT C 10 yang laminate cam skang :)..alhamdulillah..

tapi aku jugak kene standby uniform kerja..dalam tentera darat ada 10 persalinan pakaian..ikot nombor..dari 1-10..aku kene standby baju n0. 3..wat baju tuh kosong without accessory je pon da rm300..tak masuk lagi topi aku, collar dot aku,kasut dan hand bag..mcm2 wei..kalo aku beli baju2 yang patut aku beli mmg ranap la rm1500 ++..perghhhh..skang masih tak de gaji, so aku hold dulu..nak idop beb..dalam akaun pon tinggal bape hinggit jek..takkan da jadi kapt.(dr) nak menagih duit mak abah..adoiiii aiii...

then aku blaja skit2 ttg sistem hierarki dalam tentera nih..sbb kitorg kene salute pegawai2 yang atas n kite, camne nak balas kalo LLP (lain2 pangkat) tabik kat kite..ettiqued pon kene blaja..mcm2 wei..dari orang awam jadi tentera mmg mencabar gak aku rase..sape2 mmg tak willing nak jadi army, mmg akan susah nak absorb sume nih..tapi seorang tentera aku rase kite kene faham kenapa kite nak jadi tentera..n dalam angkat sumpah pon mmg kita kene taat setia pada pemerintah n juga negara..insyaAllah..aku akan mempertahankan negara aku..hingga titisan darah aku yang terakhir..sbb aku dah angkat sumpah..cewahh..ape orang nak kate kan..poyo ke ape ke..mungkin sbb nilai patriotisma tuh dah di ajar oleh mak bapak aku dalam diri aku..maka aku akan cube nilai baik buruk dan kelemahan yang ada dalam diri aku dan tentera sendiri utk aku ubah menjadi lebih baik...yezzzzza!

tak sabar nak tunggu housemanship yang mmg mencabar..walaupon rasnye cam tak bersedia..tapi kene sentiasa bersedia..doakan aku..adios amigos..

2 comments:

  1. tahniah kapten shoot =)selamat berjasa!

    ReplyDelete
  2. kak..tgh belek2 tenet, trjumpe la blog ni...nk mintak tolong citer detail sikit pasal keje doktor dlm tentera. terima kasih

    ReplyDelete