Thursday, January 29, 2009

kecomelan Raihan..

erm..diam tak diam dah seminggu aku kat rumah..dari hari ahad sampai hari khamis..dah nak habis dah cuti aku..sepanjang kat rumah melayan kerenah adik bongsuku raihan, baru aku faham mcm mane penat lelah mak ngan abah yang dah tua tuh nak melayan dia..cumeiii..nih ada skit video utk tontonan korang..raihan ada alat mainan yang keluarkan bunyi dan lagu..menda tuh akan ada lagu n raihan akan menari ikut lagu tuh..tapi yang paling menarik..adik aku nihakan suruh kitorang join skali die menari..
video
bukan setakat aku dengan G je kene join..abah ngan mak yang dah tua nih pon kene join..terkedek2 la org tua aku melayan si raihan..kalau kitorang tak join..die mule la akan menarik tgn kitorang dan bagi kan kitorang tempat masing2..selain daripada tuh, kitorang tak di benarkan beralih tempat masing tau!kalau kitorang beralih tempat, raihan akan marah dan tarik kitorang kat tempat mana kitorang asalnye..
video
di atas nih adalah video raihan sembahyang dengan abah..pandai..siap terkumat kamit mulut die mcm sembahyang betull.. amiin..moga raihan jadi wanita solehah!

selain daripada tuh..kalu die nak main bola, die akan ajak abah..abah pulak kene duduk kat kerusi yang khas utk die main bola..die pulak akan berdiri di suatu jarak yang man setiap kali main bola, dia akan duduk kat tempat tuh..bijak2..

petang kelmarin, aku mak ngan raihan pergi lumut..taman permainan..lambat dah kitorang pergi..sebelum tuh mak ajak pg nursery..tempat jual bunga..cantik tempat tuh..raihan pon tangkap2 gambar kat sane.. nih raihan kat lumut
kat nursery dengan mak

Friday, January 16, 2009

mediical camp-cameron higland

16 januari 2009

pukul 5.30 petang

kolej kediaman ibnu sina universiti malaya


aku,iell,munet,izan,noli,wati,kimah,ijat,lina,ayun dan sorang budak 2nd yr kimah kecik bertolak dari 6th menuju ke cyberjaya university college of medicine sciene. tepat pukul 6ptg kitorang sampai dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.


usai mendaftar kami berjalan2 ke the street mall yang betul2 terletak di hadapan kolej perubatan swasta tersebut..biase la adat pelajar Um yang suke bergambar especially kami satu geng..hehehe..


pukul 7 kami kembali ke kolej tersebut untuk solat maghrib dan makan malam..malam itu kami ada sedikit ceramah dari Prof Dr Muhaya yang bertajuk "doctor extraordinaire"..


prof dr muhaya merupakan director of opthmalmology department of prince cort medical centre dan juga pensyarah ophtamology department untuk fakulti perubatan UKM. prof merupakan seorang yang banyak pengalaman dan sangat berjaya. aku tak ingat ape yang die dapat..tapi bagi aku die adalah orang yang telah membuka mata ku dan juga hatiku untuk lebih dekat pada Allah dan mengajar aku erti sebuah kehidupan yang gembira..

pada mulanya kami pergi ke cameron highland bertujuan semata2 untuk bergembira dan berenjoy dengan kawan2 pergi bercuti sambil cari kawan baru..tapi setelah kami mendengar kata2 dari prof muhaya..aku betul2 berasa hidupku ini perlu berubah kerana Allah dan life from happiness..not for happiness..hidup ini perlu selalu memberi baru kite akan dapat sesuatu..setiap yang berlaku ada hikmah..bayangkan tujuan kami pada awalnye untuk bersuka ria seterusnya kami dapat ilmu,nasihat dan tunjuk ajar serta mendapat pahala melakukan amal kebajikan..subhanallah..semua itu dari Allah..

selesai majlis dgn dr muhaya, kami di hidangkan dengan supper cekodok dan karipap..sambil2 tuh kami pon mengadakan sesi taaruf iaitu sesi berkenal2lan dengan pelajar2 yang join program nih..kami juge di beri taklimat tentang perjalanan program oleh saudara izwan pelajar tahun 2 cucms..program nih actually aktiviti india student chapter ppim yang sedang bercuti dan bekerjasama dengan pelajar cucms..program nih sebenarnye untuk pelajar india yang sedang bercuti untuk melakukan kerja2 amal dan sambil berjalan2..

tapi, malam itu pelajar india yang datang hanyalah dalam 7 orang..dari UM 12 orang, kolej mara banting dan kolej mara seremban 20 orang dan pelajar cucms seramai 7 orang..3 daripada pelajar cucms dah pergi ke cameron untuk uruskan hal kat sane..so kami pon watla sesi taaruf tuh..kami bahagikan kumpulan mengikut bulan kelahiran..setiap ahli kumpulan mesti mengetahui nama penuh,makanan kegemaran dan asal ahli2 dalam grup masing..

sesi taaruf berakhir dalam pukul 12malam..proceed plak dengan sesi pengajaran untuk take blood pressure dan take blood sugar kepada budak KMB &KMS..

malam itu kami bermalam di CUCMs di cyberjaya..cucms merupakan sekolah perubatan swasta yang baru beroperasi selama 5 tahun.kami tidur beramai2 bersama2 pelajar perubatan dan dental dari india, pelajar premedic dari kolej mara banting dan kolej mara seremban dalam sebuah bilik yang di sediakan oleh pihak penganjur..walaupun hanya beralaskan tikar dan tuala atau beg masing..tapi itu sudah cukup asalkan ada tempat untuk kami berteduh..alhamdulillah..aircond kat c2 mmg sejuk sangat..walaupon diorang dah tutup aircond pada malam nak tido tuh..aku still terketar dan tak boleh tidur lena..dah la pagi esok kene bangun pukul 5..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
17 januari 2009

5pagi..
seawal 5 pagi kami sudah bangun untuk berebut bilik air dan bersiap..mengikut jadual kami bertolak pukul 6.30pg untuk cepat sampai ke cameron..tapi itu semua rancangan..tapi yang menentukannya Allah..bas sampai lewat pagi tuh..dalam pukul 7.30pg baru kitorang bertolak..kami siap sempat sarapan pagi dengan nasi lemak yang best!

perjalanan ke cameron highlan mengambil masa 5 jam..destinasi kami adalah menuju ke kg orang asli sg ruil di tanah rata.dalam perjalanan kami juga singgah di r&r tapah untuk membuang ape yang patut..hehehe..

ok dalam kol 12 tgh hari kami sampai kat kg sg ruil..mmg cantik kampung tuh..atas bukit..pada sesiapa yang pernah pergi tempah tuh tau la mcm mane..walaupon tgh hari..angin yang mengenai kulit kami sgt sejuk dan nyaman..kene la pakai sweater..semasa smpi, kami lihat pihak hospital dengan ajk program dari cucms dah ada di sana..tapi malang sekali bagi kami hari itu...
ada kematian pulak di kg tuh..mengikut adat orang asli di sane, kalau ade kematian tak boleh diadakan aktiviti keramaian ataupun menerima tetamu..kami redha..kami menunggu juga di sana bebrapa jam..tapi tiada juga orang asli yang datang ke booth kami..jadi pihak hospital mengambil keputusan untuk melakukan medical check up di kg orang asli yang lain iaitu di kg sg ubi..

kami terpakse berjalan kaki lebih kurang 3km dari tempat bas di parkirkan..aku,wati,dila(budak dari med.India) n ayun jalan kaki sampai habis..mmg penat gile but we enjoyed the beautiful view of ladang teh very much!cantik sangat..subhanallah..Allah maha besar..cantik sangat ciptaan Allah..kami jugak sempat tangkap gambar..aku juga sempat amek gambar anak orang asli yang tgh main2 dekat halaman umah diorang dan sekor kucing yang cumil..

sampai kat kg sg ubi, medical check up di jalankan..kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..1 group wat medical check up satu group pegi umah ke umah panggil join the check up..tapi ok la sambutan..sambil2 tuh kitorang join prof latif main quiz wat short case amek anak orang asli jadi subject..mmg brain storm gile..banyak kitorang blaja untuk refreshkan balik minda kitorng..

then after about 2 hours being there..kitorang balik menuju ke Hospital pemaisuri hajjah kalsom,kat tanah rata..ikut program kitorang ade friendly match volley ball utk lelaki n netball utk perempuan..alhamdulillah kami menang netball 13-7..nak dijadikan cerita, sebelum kitorang main,kitorang sempat kenal2 ngan staf2 yang join sukan..aku kenal ngan sorang akak nih..middle age..mungkin around late 40 la..name akak tuh mahanim..mcm kawan aku kat seratas mahanim..orang tangkak seingat aku..elok la orang kg..then aku main position GK akak tuh GS..punye la panggil akak..tapi aku salu dengar ade akak GA tuh salu panggil kak mahanim Dr.. aku pelik gak la..tak sangke die doktor..isk aku panggil akak je..then kitorang main dengan penuh bersemangat kesukanan walaupun pakai baju biase je..dengan tak de kasut sukannye..balun..pastu 1st half match rehat..ayun cakap rupe2nye kak mahanim yang aku dok panggil akak tuh..adalah Pengarah Hospital!!!huhuhu..selamberr je aku dok panggil die akak..rupenye tinggi jawatan die..so aku pon say sorry la kat die..erm pape pon diorang mmg kuat dan cergas!

habis berlwn dengan penuh semangat..ape lagi sesi bergambar la!!mcm2 pose kitorang tangkap even kat hospital tuh dah melambak gambar kitoang snap..budak2 KMB,india dah join the group..kaki bergambar mcm budak2 UM..hehehe..diorang juge dah tak segan silu untuk buat mcm2 aksi untuk bergambar..hehehe..

then kitorang balik hotel..kitorang lepak tido malam tuh kat country lodge hotel kat brinchang..belakang balai bomba area town brinchang..malam tuh ade pasar malam..so program menyatakan bahawa makanan dibeli di pasar malam akan makan bersama2 pukul 10pm sambil ade diskusi ngan prog latif..prof latif gak ask for special session ngan kiotang dari UM yang final year nih..

pasar malam kat brinchang same je ngan pasar malam kat bawah..cume banyak jual strawberry ngan hasil2 sayur yang segar la terus dari ladang..tak banyak makanan yang dijual walaupun mase tuh baru je 830 malam..banyak gerai da tutup..paso kat cini cepat tutup lagi pon ekonomi yang tgh meleset nih..tak ramai yang berniaga..

malam tuh kat adakan sesi tazkirah oleh saudara shauqi student tahun akhir dari india..mmg bagus la dak nih..siap ada firman2 Allah..alhamdulillah..kami dapat sedikit sebanyak pengajaran dari tazkirah tersebut..paling bermakne adalah sesi ngan prof latif..post graduate talk..mmg tips die bagus..nak tahu kene tanye kitorang sendiri what was he said.. malam tuh tido lewat sbb nak layan siaran ulangan majlis kawin ekin n mawi..tapi tertidor di tengah rancangan..wakakka..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
18hb januari 2009
7 pagi
after bangun dan mandi n solat subuh masing2 bersiap mengemaskan beg masing2 sbb lepas nih agenda utk berjalan2 dan shopping!!!tapi sebelum tuh kene breakfast dulu..pagi tuh kami dihidangkan nasi lemak ngan roti jem n sausage..banyak kitoang makan..sedappp..

dalam pada nak naik bas..pukul 9pg..kami yang gile bergambar nih menangkap gambar dengan banyaknye kat bunga2 yang sungguh cantik dan segar kat area hotel..budak2 lelaki yang ade hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah kami yang sibuk bergambar..

akhirnye kami naik ke atas bas dan menuju keladang teh boh sg palas! ladang teh yang cantik lagi bersejarah..ladang nih dah berusia lebih 80thn..pokok2 teh yang rendah tuh actually tak la rendah..sbb pucuknye sentiasa di petik maka pokok tuh jadi renek..driver bas yang kitoang naik tuh ade tunjuk pokok teh yang tinggi sbb tak di petik pucuk nye..mmg tinggi..

permandangan kat ladang tuh sungguh mempersonakan..dengan hari yang memihak kepada kami..hari yang cerah itu sangat selesa utk merakam kenangan dan bergembire..banyak gak gambar kami tangkap..kat sane..

selesai kat ladang teh boh..pergi pulak singgah shopping kat pasar Kea Farm..banyak kedai2 jual bunga dan sayuran2 serta strawaberry yang besar lagi segar kat sane..banyak gak member2 aku membeli belah..tapi aku tak de duit..so beli benda bukan2..

then pergi pulak ke pusat peladang..orang bagi masa 1/2 jam..kami lawaupun tak bershopping tapi tangkap gambar nombor satu..orang lain dah naik bas..kami juge yang lewat naik bas..huhuh..

then pergi pulak ke MARDI around pukul 2.30ptg..lepak katsane tgk bunga2 yangcun melecun..mmg gerammmmmmmmm sangat!nak beli..tapi tak dok duit..lagi pon mmg tak jual..tak sempat nak jalan habis area mardi sbb kitoang da nak bertolak balik ke KL kol 3.30..
pada mulanya nak singgah air terjun lata iskandar..tapi tak sempat..jadi kami pun turunla kebawah..sampai R n R Tapah kami berehat untuk makan dan solat jamak..

kitoang sampai kat CUCMS around 7.30pm..solat jamak magrib dan isya' skali harung..then masing2 balik la ke tempat masing..kiotang sampai UM around 8.30..itu la perjalanan kami yang best..aku nak cite detail tapi tak larat nak taip..nak tau nanti cite ikut mulut..


Tuesday, January 13, 2009

another citer minggu orentasi

lupe plak nak cite minggu orentasi..gileeeeeeeeee takut waktu tuh..mcm2 aku dengar cite pasal senior herdik junior..mase tuh ktorang kene look down je jalan..orentasi nih hari selepas seminggu haluansiswa..kene plak greet senior..kene dok satu meja ngan diorang..greet die.. " assalamualaikum to the most super duper senior, i'm the most humble dumble fumble freshie. my name is..blablabla.." paling aku ingat aku makan ngan rumet aku kot..iel dan sape nyat..kak sheriza datang dok skali..mcm biase kene greet..tapi mate tak lei angkat..gile terseksaaaaaaaaa..

die kata " ha makan la makanan tuh..makan sampai habis jgn tinggal..nih la makanan korang 5 tahun dok sini.." aku tak larat tunduk jadi terangkat kepala skit kene marah siot..

malam2 keje jumpe senior kene mintak tanda tangan plus untuk mendapatkan buddy (senior angkat) kene approach diorang..so bile approach kene la wat sesuatu sebelom dapat signature..aku tak la kene teruk sgt..nasib baik aku bukan dak yang terlalu lwo atau terlalu hodoh..jadi kene skit2 jew..tapi ye la waktu tuh kene skit pon dah rase kene truk..jadi master jugak pernah cakap..sape nak boikot orentasi sila balik bilik..aku adalah orang yang balik bilik waktu tuh..sbb mase tuh ade dapat asuan kate orentasi nih ada body contact dan memalukan junior..tapi tuh semua palsu..orentasi nih bagus..actually blei kenal senior lagi rapat..

aku orang perak..jadi aku kne nyanyi lagu ohh kome durian dah berbunga..sbbkan aku blei nyanyi lagu tuh..aku kene nyanyi banyak kali kat senior2 len..susah gak nak mintak signature dieorang..kitorng pon ad match n senior perlawanan persahabatan netball dan mcm2 lagi la..best..ade gak kene teruk especially dak lelaki..sume junior tak terkecuali..walaupon dak engineering n alam bine..

dah lelaki kene wat kawad haiwan..pit kene jual kuih..ade kene nek pentas..menari ngan menyanyi la..hari last orentation ade persembahan ikut group..pape pon beshhhhhhhh..tu je..

satu tapak lagi..cont'

itulah die orang yang aku kenal 1st day aku kat UM.. beberapa tuh kitorang berkumpul ramai2 lagi..aku tgk ade budak floor aku kat blok C rapat semacam je..mcm kenal lame..aku tak sempat kenal sape2 sangat.. yani rumet aku die banyak jugak kenal sbb kebanyakan budak kat cini budak PASUM macam die..erm aku pon duduk la dekat satu kerusi..sebelah budak kecik yang pernah aku bagitahu dulu..kecik je..banyak mulut betul! dengan sorang lagi budak perempuan n mas dak kmj..rancak btol diorang berbual..aku nak menyampuk tapi tak tahu nak cakap ape..aku pon menegur dak kecik tuh..tanye name die.. nama die Aida..noraida Zainon//orang Felda Jelai..pastu die kenalkan Norli..noreliana hanif dari Port dickson, Ns dan mas..maskinah normaskinah yahya..baru la aku kenal diorang kitorang pon bersembang la panjang pastu kene masuk group masing..

perjalanan minggu haluan siswa mmg penat..kitoang kene menapak pergi DTC setiap hari dan di ajar untuk wat Cheers tradisi pelajar UM bertujuan untuk menaikkan semangat berpasukan terhadap kolej tercinta..actually this is the first haluan siswa untuk budak 1st year yang di buat kat kolej 6. sebelom nih pelajar fist year mmg tak de kat kolej nih untuk minggu pertama sesi baru kat kolej nih..so kitorang first batch..senior kitoang dulu kene dafter kat kolej lain dulu n after that baru masuk 6th kolej.

ok mase kat haluansiswa nih pon ade la aku kenal2 dak floor aku semasa di toilet atau pon waktu makan tengah hari dan seadanya..budak floor aku yang aku kenal , nafiza rumet mas, norayu aka ayu rumet aida, wati atau norzawati Ali dan rumet die suhana..noradlin atau alin n rumet die noreini atau aeni..Ng sock cai (penah kenal kat matrik) dan rumet die Ng lee cheng(tak tau spell btol ke tak)..

mase haluan siswa ade game..intercollege tau..aku mule2 masuk menda len..tapi alih2 masuk netball..mase tuh aku kenal murni hayati (munet)..badan besar..tapi kuat dan hebat bermain netball..tunku naziha (tak sangke ada kawan kerabat..bangge siot) dak nye kurus dan cantik..idung besar..ada tahi lalat di pipi..die suruh panggil diri die nana waktu tuh..tapi aku pernah dengar yani panggil die nicky..aku pon tak tau mane satu..ada rumet die jugak aku kenal wan yuhana budak terengganu panggil yuna...yang len nonaziah(dak Pasum),siti hasifah (ifah-dak ipoh..mase tuh kenal gak rumet die izan, tapi tak knal sgt waktu tuh..) dan len2 tak ingat sangat..

erm ingat gak mase nak wat senaman pagi..aku tak sangke dak tinggi galah dari kmj nih dapat gak masuk medic um ngan aku..si fadzly..mmg la jadi ketua cheer utk kolej aku sbb die tinggi dan suara kua..die la yang mencipta sub nyaaaaamuk! ramai tak suke..wakaka..tapi aku ok jew..mase tuh ade ke orang suh aku pegi nek atas bukit kecik blakang pak abu untuk wat senam robik? gasak la wat saje..hehe..mase tuh aku jugak ade la pandang2 dak2 len yang ade dalam kolej aku..carik gak mane yang kiut miut untuk di buat halwa mata hehehe..nakal2..ade gak aku terperasan sorang budak perempuan berbadan agak besor..sangat seria dak tuh..kool gak..tapi dulu aku ingat die geng mak cik nursing..sorry aa Jua..atau name die siti noor baizura..

ramai aku kenal waktu tuh..nak sebut tak ingat dah..ingat2 lupe..berakhirlah minggu haluan siswa..actulally banyak perkara menarik waktu haluan siswa yangaku tak lei lupe..saat kitoang dpat naib johan netball, aku masuk pertandingan pantun n fatishah..aku sesat kat fakulti tak tau nak balik bilik after selesai uruskan hal fakulti..bercheer sampai ilang suara..dan berjalan ramai2 balik kolej sambil bersorak2..tido lambat bangun awal..kene tochee n senior..huhuhu..mmg pengalamn yang tak lei lupe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
start minggu kelas dan minggu orentasi dengan senior..

aku masuk Lab 6..
mase tuh aku kenal ahli2 group aku.. siti noor baizura (JUa), siti khairizan rahim (izan), siti nur al enzzahti(ijat), azhani,rasidahrosli syafiq, zul-ikram, elain tan ai jia, lim kean seng, neoh,koong lin yee,paranthaman, char loo, chen ju dan azwa..budak group aku yang hapening dan best gile..dapat plak group n budak yang no satu stpm that year..wahh bangge lagi..hehehe..

first time kenal izan berkelas n die aku punye 1st impression is rambut die yang sangat panjang..mase tuh pegi bilik die la..die rumet n ifah rupenye..lemah lembut orangnye..tapi nampak sakit..tapi ok jew..die. jua plak same blok n izan iaitu di blok D sebelahan n blok aku blok C..jadi kalo ade discussion ke ape aku akan pi bilik diorang or kat kelas shaja bincang..depan bilik izan ifah, bilik nicky n yuhana plak tuh..erm dekat ngan tuh azwa rapat ngan siti sairah aka soya..jadi soya pon slalu gak lepak ke blok C datang ke bilik ayu ngan aida..dak Pasum yang dah lame kenal..erm lupe plak nak citer satu lagi kawan kitorang..rumet azwa mase first year..dak jugak labmate aku kejap..name die nurfarhana..die actually taknak masuk medic tapi bapak die yang force die masuk..erm nak jadikan cite die tukar course setelah sebulan idup as medical student pindah kat 7th kolej..

erm ade lagi budak floor yang tertinggal..ada bilik depan skali depan bilik azwa dalam floor aku mengalami masalah pintu bilik yang rosak..diorang tuh nurhidayah n rumet die nurhidayu..mase tuh aku tak kenal langsung diorang sbb 1st day haluan siswa pintu tuh wat problem then diorang tukar bilik ke blok D..jadi yang duduk bilik tuh after pintu di betolkan adalah 2 orang budak bukan medic iaitu budak alam bina..sorang farah dan sorang lagi shida..tak salah aku..sorang rambut kerinting macam megi dan sorang lagi rambut lurus free hair..ngan aku diorang baik jew..ngan izan ifah, diorang kate dak alam bine tuh singa betina..ntah 1st impression..mcm2..

dah india yang dok sebelah bilik aku adalah jeevitha dan jaswinder kaur..depan bilik(C13) aku tak ingat sape..so sorry..aku tak tau nape tak ingat..hahaha..plz bagi tau..sian name tak sebut..
mase dah sebulan tau 2 minggu mase aku tinggal kat um aida pernah bawak aku,noli ngan mas pergi mid valley..tuh la 1st time aku kua kl dan pergi mid valley ngan kawan2..ha haha terujaaaaaaaaaa..best mid valley..mase tuh gak rumet aku aku dah panggil iell..dengar dari kawan2 panggil..dan gelarkan diri aku-kau dah..wakakaka..

hidup aku ngan iel rapat gak..iel satu lab ngan lina dan mas..noli lab 9..kitorang 1 floor mmg close giler..setiap besday orang dalam floor tuh sure kitoang sambut..begitu juge budak dari blok D mcm yuhana,nicky, soya, izan dan ifa..kitoang ade geng yang cukup ramai dan salu wat havoc kalo time besday..salu gak kene marah ngan orang bawah (hakimah.. kekeke)

mase 1st year tuh jugak kitorang sangat rapat ngan boys dari fakulti len yang dok kolej 6..bermule dengan hyper (ahmad firdaus zamri dak alam bine..) die nih kecik je..tapi kecoh siot..mulut cakap lepas..tapi hati baik..erm seem rapat ngan noli..aku dah syak yang diorang ada hati antara satu same len..walaupon mase tuh aku tau noli ade bf dah..mas pon rapat ngan masma adha..dak biomed engine..dak batu pahat..diorang rpaat coz satu team drama sketsa yang menang mase haluan siswa..mase tuh jugak kenal azlan aziz..pelajar alam bina satu cos n hyper..tapi umur die lebih tua 4 tahun dari kiotang sume..panggil lan jer..len2 hakimi,zahrin,ilyasa',saiful,sofi,due, wan sakrinal dan len2..rudi pon antara dak medic yang rapat ngan kotorang dan tak lupe shah arif aka arip dak dental yang tak rupe nak jadi doktor..dah shahir dak dental gak..

kitoang nih kalo kua tgk wayang mmg ramai2..pernah sekali tuh tgk star wars 14 orang sekali beli mase 1st day opening ticket..huhuhu..ade gak sambut besday ayu kat mid valey sbb bukak pose skali harung lepas xm plak tuh..ramai sampai 20 orang..mmg grand group kitorang..bes..

tapi ingat lagi mase 1st besday kitorang sambut kat um beramai2 ngan dak laki skali..hari jadi noli..aku mase tuh innocent lagi kot..kitorang men balikng tepung ngan telur..hype kejar aku..aku tergolek dok tersembam muke kat jalan raye..gile bercalar muke aku..plus tudung tertarik ke blakang..maluuuuuuuuuu hype blakang aku..die dah gelabah..sume orang glabah tgk aku..aku pon jerit " alamak aurat aku!!!!" aku malu sbnrnye n hype waktu tuh,,nampak rambut aku..kekeke..aku pon trus tarik tudung aku..n continue men baling tepung!!!!!

terlalu banyak kenangan indah waktu 1st year dulu..kalo la bolei dapat di putar kembali masa..walaupon aku kne suplement waktu tuh..aku tetap enjoy menghabiskan duit biasiswa makan2 dan tgk movie..hehehe..

second year ad konflik..malas nak cite..tapi bile masuk klang..bermule episod baru..nantikan..cinta bersama kawan2 itu indah..

-tamat-

Monday, January 12, 2009

satu tapak lagi..

ingat lagi masa tanggal 13 jun 2004,

hari pendaftran aku sebagai pelajar perubatan..
memasuki pintu gerbang University Malaya..universiti tertua di Malaysia..
aku berasa kagum, bangga dan teruja yang teramat sangat..
inilah cita2 aku dari dulu..nak belajar di universiti malaya dalam perubatan..akhir nya tercapai!!!

dari rumah abg jem di Ara Damansara, pagi2 lagi aku dah bangun mandi bersiap dan bersarapan dengan keluarga aku..pukul 9pagi kami akan bertolak ke UM, aku mendaftar hari ini..yea!!
2 kereta mengiringi aku ke UM, mak abah dan aku naik satu kereta, G n abg jem naik satu kereta..abg jem lead the way sbb die tau jalan ke UM..

kitorg melalui jalan dalam dari Ara Damansara-kelana jaya-sea park-pj-UM ikut pintu PJ..kene pulak pusing UM melalui perpustakaan utama, KPS,dewan tunku canselor, padang dan seterusnye menuju ke kolej kediaman ke 6 atau nama lain Kolej Ibnu sina..

banyak kereta pada hari tuh..al maklumlah sesi pendaftran pelajar tahun pertama dalam pelbagai jurusan..abg jem memarkir kereta kat are fakulti perubatan..hatiku berdebar dan teruja dengan apa yang bakal aku lalui..setelah mengeluarkan beg dan keperluan lain, aku pon melangkahkan kami bersama mak sambil 'mengecheck' dokumen yang perlu aku bagi mase pendaftaran nanti..

ramai nye orang..kataku dalam hati..aku ikut jalan belakang mengikut tanda anak panah ke tempat pendaftaran..dalam berjalan aku ternampak orang yang aku kenal..seorang budak lelaki yang berkulit cerah..tersenyum padaku..aku senyum kembali..aku mcm kenal..'mcm budak KMJ.." dialah muhammed fitri shukri budak kmj satu kuliah dengan ku dahulu..pernah duduk bersebelahan dengan dia waktu matrik dulu..tapi tak pernah bersembang atau berbual dengan die.. ingat pulak waktu kuliah dulu..aku terjatuh pen..die ketuk meja aku tanpa bersuara menunjukkan pen aku yang dah terjatuh..aku pon ambil..and that it! tamat...

ok then aku nampak pulak sorang budak perempuan KMJ..manis orangnye..cantik berhidung mancung mcm muke arab..satu floor dengan aku masa di matrik dulu..aku hanya ingat namanya mas..aku pon menegurnya..die kelihatan sibuk..

ku teruskan perjalanan ke dewan makan tempat di mana aku akan mendafter nanti.. ku terus ke meja pendaftaran sambil itu aku ternampak ada meja untuk beli borang PTPTN, mak kata " pergi je daftar dulu..nanti mak belikan borang PTPTN" aku fikir aku tak nak amek ptptn tuh..tapi sbb kitoang dah gune duit waran yang ptptn bagi untuk pendaftran jadi aku rase why not amek je dulu sementra nak dapat scholarship len..

ok berbalik kepada pendaftran yang tak habis2 nih.. selesai tgk nama, amek fail kene la aku mengisi borang2 yang disediakan..borang kediaman kolej dan bla222..aku mencari meja kosong untuk ku isi borang tuh..ermm ada satu tempat kosong! aku menuju kesana..aku pon duduk dan mula untuk mengisi borang..
sesorang menegus aku.. " boleh duduk sebelah sini.." tanya budak perempuan free hair..chinese look cantik..comel orang nya..erm baik aku tanya nama "hai ape name? heheh".. nama saya liyana jawabnya.. die amek jurusan pergigian..oooo nampak mcm anak orang kaya..die duduk di sebelah kiri aku.. then datang pulak sorang busak perempuan.. ku dengar mak die kecek klate..aku rase die orang kelantan.. erm aku kini di apit oleh 2 orang budak chinese look..sebelah pakai tudung sebelah lagi tak..sebelah kanan nih kurus je orang nye..kecik je..nama die hazlina..panggil lina je..

setelah isi sume borang..aku pon pegi amek t-shirt,payung dan kipas..aku pon tak pasti sume tuh untuk ape..aku dengar cerita kami akan ada sesi haluan siswa selama seminggu..minggu orentasi untuk pelajar junior mcm kami..

aku dapat bilik C14.. aku pon bagi tau mak..abah pon same..diorang tgh makan waktu tuh..abah.G dan abg jem pergi amek barang2 aku..aku dengan mak terus pergi ke blok c dan ke bilik aku dengan bantuan kak marlis..kakak tahun 2 yang jadi pembantu mahasiswa atau singkatannya PM.die hantar aku ke bilik..akak tuh pon cun dan berbudi bahasa suka!!!

ok sampai kat bilik..aku tgk rupenye ramai dah yang sampai...satu bilik dua orang..aku punye bilik mcm besar skit dari bilik orang len ..bilik hujung, sebelah toilet..dekat dengan tangga..aku nampak lina juga dah masuk bilik..sibuk2 mengemas bilik..rumet aku tak datang lagi..siapalah rumet aku tuh agaknye..

ok aku dengan mak tgk bilik tuh penuh habuk..mak kata jom kiter bersihkan bilik!!jom! kataku..
kitoang pon sapu sampah..bersihkan cermin tingkap, kipas dan susun balik katil dan almari..
pasang langsir dan kesemuanya aku dan mak buat..

selesai je kemas..barang2 aku pon aku kemas dan pasang cadar katil..baju2 aku masukkan serba sikit..erm nampaknye aku tak de baldi dan gayung..abah n G pon keluar pergi cari sumetuh..aku dan mak menunggu kat dalam bilik..sambil2 tuh mak pergi beramah mesra dengan mak2 yang len.. mak pergi bersembang dengan mak budak india dengan sikh kat bilik sebelah.. ramah btol mak aku nih..pastu die bersembang plak dengan mak budak kat bilik hujung..aku pon join skali beramah mesra..budak tuh nama die azwa..budak perak..die duduk batu gajah..kurus tinggi orangnye..nampak baik..dan pemalu sket..sembang punye sembang rupenye mak long die matren mak aku kenal..baik pulak tuh.. so mak aku pon ligat bersembang dengan mak die..aku pon meninjau2 bilik orang len..tapi tak tegur lagi sbb semua orang bz..tapi yang menarik perhatian aku ada satu bilik nih..

orang dalam bilik tuh kecik je..ada 2 orang..elok pulakla rumet ber2 tu same2 kecik..hehehe..tak tau name lagi..then mak da habsi sembang, abah dah balik dari beli baldi aku, g abg jem dan kitorang sume lepak2 kat dalam bilik merehatkan diri..sedap2 baring tibe2 aku nampak ada satu beg besar depan bilik..ada sorang budak nih pakai baju kurung krim berbunga merah..dan bertudung merah..pakai cermin mata tanpa bingkai..memberi salam..kami pon menjawab salam..die bersama mak die dan ayah die..kelam kabut kitorang dalam bilik tuh..tgh syok2 lepak ade plak orang datang.. itu lah rumet aku!!! hehehe.. budaknye kecik..berkulit kuning langsat..chinese look jugak..aii banyak btol chinese look..kekeke..

erm mak tanye dari mana datang.. " srawak.." ooo serawak..ada kawan syuhada nih dapat belajar kat sawarak..jauh nye.. erm aku dapat rumet orang sarawak rupenye..erm beg die pon bagasi ada tag..btol la tuh..tapi aku lihat ekpresi muke rumet aku n keluarga die lain..macam pelik dengan kenyataan kami.. ehh bukan dari srawak.. dari rawang!! hahahaha..

punye bising suasana kat sane ditambah pulak dengan slang RRRRR rumet aku tuh plus beg die yang ade tag airport jadi kitorang mati2 ingat die dari sarawak..muke pon ada iras2 dari sane..datang lewat plak tuh..ehehehhe..mcm2.. aku pon berkenalan dengan rumet aku.. nama die Nor Ilyani Binti Othman..baik gak..tapi aku tak tahan n slang RR die..pekat tuh..hehehe..die jugak ske cakap 'macam' macam' hehehe..

die pon mengemas barang2 die yang sikit tuh..baju je die bawak dengan baldi..aku punye la bwak banyak barang..she's so simple..tapi die rileks la..aku dah kemas sume bilik..ceh!hehehe..

ok dipendekkan cite..mak pak kitoang pon balik..pukul 2 petang akan ade briefing dengan pengetua kolej waktu tuh..Prof Madya Dr Rohana..aku mandi dan solat begitu jugak ilyani..aku tak tahu nak panggi die ape..yani je la..aku ber 'saya-awak' dengan die..tapi kekok....huhuhuhu..

erm masing2 wat hal masing2 kitoang pakai tshirt merah yang kolej bagi petang tuh..jadi selesai briefing kami pon ada session dengan PM..ketua PM mase tuh abg M..name sebenar abg ape aku tak ingat..abg dental..kitoang di bahagi kepada 12 group..aku group ke 11..bermula lah sesi haluan siswa kami di UM...aku agak terkontang kanting kat situ..tak de kwan sekolah langsung..jadi aku pon meramahkan diri berkenalan dengan ahli group aku..tak ingat semua..fatishah, siti rasidah,syarifah shahira,nurul hasyim, dan ramai lagi..ada akak nursing jugak..sume dak group aku bes..kakak PM kak hidayah..kakak dental..

erm tuh la serba sedikit tentang hari pertama aku di UM..masa tuh aku bertekad untuk belajar bersungguh2..mak dan abah sumber inspirasi..adik aku G akan menduduki peperiksaan SPM tahun tuh..aku jugak memberi kata2 semangat pada adik aku agar die jugak akan berjaya ke menara gading...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, January 11, 2009

kehidupan baru..

semalam..
aku seorang yang kusam..hidup ku penuh noda
hidupku penuh dosa..

semalam..
aku leka..dengan keseronokan yang ku cipta sendiri
keseronokan yang ku kira tiada batasannya..

semalam..
aku jauh dari Nya..jauh pergi jauh meninggalkanNYa..
melupakan perintahNya, melupakan ajaran nabi Nya..
aku sesat dalam noda, dalam keseronokan yang aku cipta sendiri..

semalam..
aku seorang yang kusam..seorang yang hitam..
seorang yang lalai akan tanggungjawabku..

tapi, hari ini ku sedar, hidup ini perlua ada kehidupan baru..
kehidupan yang segar, kehidupan yang putih bersih!!

hari ini..akan ku maju setapak ke hadapan..meninggalkan yang semalam
meninggalkan kisah silam yang penuh kesilapan..

hari ini, esok dan akan datang..akan ku cuba dekat denganNya.. akan ku ikut segala perintahNya..
itu janjiku..itu azam ku..hari ini..aku perlu kuat..meniti hari esok dan akan datang..

selamatkan aku dengan kehidupan yang baru..jauh dari hidup semalam yang palsu..
bawakan aku kebenaran Yang SAtu..bawakan aku ke kehidupan yang baru.. kehidupan yang baru..

Ya Allah..hambaMu ini merintih hiba..untuk menyelamatkan diri dari noda semalam..menyelamatkan diri dari terus hitam..
ku ingin bersihkan hati..ku ingin bersihkan diri.. agar diri ini tidak sesat jatuh kebelakang..
ingin ku gapai impian..menjadi orang beriman..menegak agamaMU..ya Rabb.. ikatkatlah cinta ku Pada MU..satukan hati ini untuk memujaMU..Kaulah Penciptaku..penawar hati ku..pelembut kalbuku..aku cinta padaMU Ya Ilahi..Cinta Mu cinta terindah..akan ku simpan sampai mati..

Thursday, January 1, 2009

abah masuk hospital-episod akhir

pagi di hari raya..

abah nak balik..beraya bersama kami..sian abah..pagi raya masih kat ICU..bagi umat islam hari raya aidilfitri adalah hari yang ditunggu2 setelah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan..
aku, mak dan G pon balik ke rumah, kami juga mahu bersiap untuk solat aidilfitri berjemaah di Surau Taman Melati..

ku lihat ramai warga Taman Melati yang tak pulang ke kampung tahun ini. surau kami kecil sahaja..tetapi jemaahnya ramai dan boleh buat khutbah untuk solat sunat idulfitri itu.semua yang bertemu mak sume bertanyakan pasal abah..sume orang bersimpati dengan keluarga kami.. apa yang mak mahu hanyalah kesembuhan abah dalam masa terdekat nih..

kusai solat, kami mengaminkan doa imam..dan aku memanjatkan doa moga abah cepat2 keluar hospital..cuti hari raya aku hanya 10 hari..masuk hari raya dah tinggal 5 hari sahaja lagi..aku tak sabar nak melihat abah ceria kembali..melihat dia tersenyum dan makan rendang mak buat..tak sabar nak jumpa abah!!

kami balik ke rumah selepas menjamu sedikit juadah yang di bawa oleh jiran2 ke surau.mmg meriah hari raya tahun nih..ramai juga orang taman aku yang dah tua..mempunyai keluarga di sini..Taman melati dah lame dibuka sejak tahun 1986 sama usia dengan adikku G, kebanyakan penduduk Taman Melati adalah pencen NAVY..lokasinya pon strategik tepi jalan.. kalau kenduri senangn orang nak cari rumah..

kalaulah abah ada..mesti abah gembira waktu ni..berkumpul dengan rakan2 lama..berbual panjang sambil kunjung mengunjung jiran tetangga..

kami kembali ke rumah..abelong pergi ke hospital melihat abah, aku dan mak di rumah menukar langsir dan mengemas rumah apa yang patut untuk meningkatkan suasana raya.walaupon abah tak de kat rumah..tapi penting untuk aku mengemas rumah..mane tahu abah akan balik esok..jadi bile rumah bersih abah lagi cepat siap..tapi..kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
103o pagi 1 syawal 1429 hijrah

kring2222 krrrrring telefon rumah berbunyi.. sedang aku memasang langsir, G menyapu sampah dan daun2 kering di halaman rumah, mak pergi mendapatkan telefon untuk di jawab...

"kenapa mak?" ku lihat mata mak berair..aku mula cemas.. abah dah keluar ICU!!

Ya Allah!! alhamdulillah..subhanallah..Terima kasih Ya Allah Kau kabulkan doa kami..abah keluar ICu juga akhirnya..jadi la untuk hari ini..hari yang mengembirakan untuk kami..
mak mengajak aku dan G untuk buat sujud syukur sempena abah keluar ICU.. kami berdoa agar abah dapat keluar hospital secepat mungkin..aku mak menitiskan air mata berjurai2 dengan bacaan doa yang di imam kan adikku sendiri..sungguh menyentuh kalbu..kami sungguh gembira..

kami pun cepat2 selesaikan kerja kami..kami nak pergi hospital lawat abah!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum!
ku lihat pak teh ku sudah ada di depan rumah. dengan 2 orang kawannya datang beraya..alhamdulillah ada juga orang datang ke rumah hari raya begini..nasib baik rumah dah kemas kan?

selepas pak teh dan kawannya datang pulak budak2 dalam 3-4 orang datang..tetamu datang tak boleh di halau..kami melayan mereka seadanya..mak menangguhkan pemergian kami ke hospital..kami hanya bertanyakan kondisi abah dari abelong, nampak nya abah stabil dan boleh start makan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
kami pun pergi ke hospital lihat abah..abah dah boleh makan..kami bawak roti, susu untuk abah..abah boleh makan, tapi tak laju..sepanjang kat Icu abah mmg tak makan..hanya minum air sahaja.bile abah dah kat wad nih nampak betul abah sakit..kurus..sian abah..kulit muka mengelupas..tangan lebam sana sini, kesan branula.

keadaan abah makin pulih dari hari ke hari..sepupu2 aku, opah dan mak cik , mak ndak sekeluarga dengar khabar nak datang melawat abah hari ini.. diorang akan sampai dalam pukul 2pm..rezeki abah..dah keluar ICU, sedara mara ramai datang melawat..syukur alhamdulillah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

sehari demi sehari keadaan abah mmg bertambah baik..bolah makan banyak..abah suka makan lontong yang aku buat! tambah dengan sambal ikan bilis..2 hari berturut2 aku buat lontong..hehehe seronok..

hari ke lima hari raya baha baru keluar hospital..aku tak sempat tgk abah keluar hospital..masa tuh aku dah balik UM.. sebenarnya banyak nak serita..tapi kesudahn nya begitu..abah kembali pulih sekarang.. selepas abah keluar hospital, aku pulak kene demam next 2 weeks..kene admit 4 hari..suspek chikugunya.. kata mak abah dapat 4 jenis virus.. chikugunya, denggi serotype a,b, dan c.. mmg dasyat.. dengan abah ada diabetes mellitus, IHD dan hypertension menyebabkan dia tak mampu melawan penyakit dari virus tuh sume..

paling sedih gak, jirang aku pon masuk hospital same dengan aku..die masuk selama sebulan..keadaannya lagi teruk dari abah..